Posts

Showing posts from October, 2024

KENANGAN BERCUTI.

Kenangan Bercuti di Kampung. ☆ Bercuti di kampung sentiasa membawa kenangan yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali cuti sekolah tiba, saya dan keluarga akan pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama nenek dan datuk. Suasana kampung yang damai dan dikelilingi kehijauan pokok-pokok memberi perasaan tenang yang sukar ditemui di bandar. Pada waktu pagi, udara segar menyapa dengan bunyi burung berkicau dan ayam berkokok. Saya sering mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar sawah dan kebun yang terletak berhampiran rumah nenek dan datuk bersama sepupu-sepupu saya. Aktiviti kegemaran saya ialah bermain di sungai yang jernih bersama sepupu-sepupu saya. Pada waktu malam, kami duduk berbual sambil menikmati juadah seperti kuih-muih, buah-buahan dan banyak lagi. Pengalaman ini sentiasa menjadi kenangan manis yang saya bawa ke mana-mana.💗 -120 patah perkataan.